MAKLUMAT PENTING:
Blog ini adalah peribadi ana yang ana kongsi bersama,apa yang baik dari Allah dan apa yang buruk adalah dari kelemahan ana sendiri,untuk tatapan saudara ana khasnya kepada rakan seusaha,hanya yang tahu alamat blog ni sahaja yang dpt melayarinya,ana tak buka link ini secara terbuka,kepada rakan seusaha tidaklah dibenarkan untuk linkkan blog ini dengan blog atau apa jua laman web yang lain,ini untuk mengelakkan salah faham dan fitnah yang mungkin wujud dengan isi kandungan blog ini.Apapun terimakasih jua kepada pihak yang turut membawa menafaat secara tak sengaja hingga dapat ana menyudahkan blog ini,apa yang ana isikan diblog ini fahamilah bahawa bukan semuanya pandangan ana.Ada juga kandungan yang ana perbetulkan sedikit dari segi perkataan dan jalan bahasa agar pembaca tidak tersilap faham atas kandungan apa yang telah ana paparkan sebelum ini.
selamat membaca,terimakasih!
انا باواکن کڤد اندا اونتوق تاتاڤن برسام:
USAHA DAKWAH TABLIGH:
Untuk makluman rakan seusaha blog atau bab bahagian ini ana masukkan bukan dari pandangan jemaah atau keputusan jemaah,bukan dari keputusan markaz,bukan dari keputusan org lama,untuk ingatan karkun semua usaha dakwah tabligh berjalan dengan tertibnya sendiri,dgn usulnya sendiri,berjalan dgn mesyuarat,dengan dakwah,dengan dua gash,dengan dua taklim,dengan 5 amalan masjid nabawi dll,denganya jemaah mampu berkembang keseluruh dunia.Usul dan cara dakwah tabligh tak memerlukan internet,tak memerlukan web,suratkhabar,radio.tv ataupun media massa,sebaliknya mereka berjalan dgn nusrah Allah swt.oleh sebab itu tertib yg ada dalam jemaah tidak didakwahkan disini seperti tiada bayan disini,tiada adab gash,tiada takrir,tiada adab mesyuarat dll,isi kandungan yang ana paparkan diinternet ini hanyalah umpama sebuah buku yang boleh dibaca sahaja,ataupun dikalangan karkun sebagai info,dan ingat bukannya usul,bukannya tertib dalam jemaah:
-kenal hj miskin?orang lama dalam usaha,juga mukimin khidmat setiap 6 bulan dimarkaz raiwind,dgr ceritanya beliau antara yang menjadi penterjemah bayan dalam bahasa melayu awal 80-90an dulu,tapi sudah meninggal dunia,tinggal dimanshera,beliau pernah bercerita kepada satu orang kiyai yang tengah keluar setahun ditingkat atas masjid dimarkaz raiwind,dia kata dia tak pernah menceritakan kepada sesiapa tentang mimpi ini,mungin kerana dia ikram kepada kiyai tersebut maka dia pun bercerita:
katanya masa mula mula buat usaha dulu dia telah dihantar ke bahagian utara pakistan NWFP iaitu kesatu area iaitu kawasan kaum pattan yang tak tahu bahasa urdhu,mereka lebih selesa menggunakan bahasa poshto mereka,selalu sahaja hj miskin ini menghadapi masallah tiada penterjemah.hingga tiba satu ketika dia menanggis kerana dia begitu sedih kerana ketidakfahaman bahasa membuatkan dia agak sukar untuk memahamkan mereka,akhirnya pada satu malam terakhir sebelum dia berpindah kemasjid lain malam itu dia telah berdoa dan berdoa agar allah swt berikan dia seorang penterjemah.
keesokkan harinya iaitu pada hari jumaat setelah berjalan jauh dia pun tiba disebuah kampung dan menuju kemasjid,tiba tiba satu orang alim yang sedang memberikan takril dihadapan ramai hadirin telah memberhentikan takril dan berlari menuju kearahnya lantas menyambutnya dari kawasan luar masjid lagi,dia lantas disapa oleh org alim tadi dengan bahasa urdhu dan lantas memintanya memberikan bayan dan tujuan dia datang kekampungnya.
selepas habis program orang alim itu memberitahu ia bermimpi pada malamnya bahawa dia didatangani oleh nabi s.a.w yang memberitahunya bahawa keesokkan hari akan datang tamunya ketempat dia dan nabi turut menunjukkan orang itu didalam mimpinya kepada dia dan kata nabi lagi yang tamunya amat memerlukan penterjamahan maka dia diminta oleh nabi s.a.w untuk menyambutnya dan melayaninya sebagai tetamu dan diminta untuk menterjemahkan bayan dari tamunya itu,kemudian kata orang alim itu kepada hj miskin sebab itu dari awal pagi lagi dia sudah menunggu begitu lama kedatangan hj miskin sebagai tamu yang dimaksudkan oleh nabi s.a.w itu dan didalam keadaan demikianlah dia terus menunggu nunggu dimasjid hinggalah tiba waktu dia memulakan takrirnya sambil menoleh noleh keluar dan bila hj miskin sampai memang tampaklah dia memang itulah wajah yang telah ditunjukkan oleh nabi s.a.w. kepadanya.
-Hj miskin juga pernah menceritakan tentang pemilihan amir dunia untuk jemaah atau lebih dikenali dengan panggilan hadratji.
selepas pemergiaan maulana yusuf rahmatullah alaih orang orang lama telah bermesyuarat untuk memilih siapakah amir untuk membimbing jemaah ini,tapi keputusan agak sukar untuk dibuat,akhirnya hari yang ketiga maulana zakaria rahmatullah alaih selaku amir mesyuarat ketika itu berjaya memutuskan amir dunia dengan melantik Maulana Enamul Hassan sebagai amir,dengar khabarnya ada 2 orang buzrok atau orang lama nizamuddin telah bermimpi bahawa nabi s.a.w telah memegang tangan Maulana Enamul Hassan dan memangkunya berjalan bersama nabi s.a.w.
IJTIMAK DINILAI 2009:
-Alhamdulillah,dengan izin allah swt bermula dan berakhirlah sudah ijtimak yang sudah sekian lama dinantikan,tanpa ada iklan ditv atau suratkhabar atau media massa jumlah kehadiran diperhimpunan ini secara tak langsung adalah sejarah juga buat negara malaysia kerana inilah perhimpunan terbesar yang paling ramai dihadiri berbanding dengan mana mana perhimpunan lain yang telah dibuat.
pada hari kedua sahaja pendaftaran kehadiran secara rasmi yang diberitahu oleh khidmat wala menunjukkan kehadiran sudah mencapai 130 ribu org,dimaklumkan itu yg tercatit didepan istiqbal kittar,tapi yg tak tercatit nama lebih banyak lagi kot?????ana dan kawan kawan sendiri pun tak tahu ada daftar kerana tak mengetahuinya.
-Ana turut ingin kongsikan bersama tentang satu pekara yang ana rasa agak penting juga cuma mungkin tertinggal sikit ataupun perlu ditambah sikit lagi untuk diberi perhatian lagi iaitu tentang ORANG ALIM,diantara mereka ada yang maulana,ust ust,kiyai,muhadditsin,penghafaz hadits hadits dan al-quran,Ana tengok tiada satu khemah ataupun ruangan didalam khemah yang disediakan untuk orang orang alim dimalaysia ini yang datang diwaktu ijtimak khasnya ulamak rakan seusaha,dari info yang ana dapat mereka yakni orang orang alim ni berada dimerata rata tempat dikhemah khemah,bersalut dengan debu debu pasir,ada yang duduk dibucu khemah,ada yang duduk dikhemah yang dibelakang belakang,mereka berhimpit dengan orang lain.kalau mereka dapat disatukan disuatu khemah atau pun disediakan satu ruangan dikittar mereka sendiri untuk mereka maka mereka ini mudah digunakan untuk diberikan tugas tugas yang lebih menafaat kepada hadirin yang datang dengan ilmu dan amal yang mereka ada.Alhamdulillah ada juga sebahagian kecil org alim atau ust yang diberi khidmat khas diijtimak seperti terjemahan bayan,khidmat eldest dan lain lain khasnya ust ust sri petaling tapi masih terlalu banyak lagi orang alim yang tidak digunakan langsung untuk manafaat ijtimak.apa yang ana tahu ada orang alim yang terpaksa turun naik menyelia khidmat taam dikhemah khemah dan ada juga ulamak yang selalu menghadap kepanasan api ketika memasak yang mungkin boleh diberi kepada rakan seusaha yang lain.
-Org alim yang disabdakan sebagai pewaris nabi ini ada menyimpan hadits dan quran didalam hati mereka,umpama sebuah al-quran, walaupun al-quran itu ada yang naskahnya buruk adakah kita membiarkan aje al-quran yang buruk itu dibawah sahaja?bahkan tentu kita angkat dia dan letakkan ditempat yang sepatutnya.kitalah yang kena faham untuk muliakan mereka dan mereka tidak akan meminta minta kerana itu adalah sifat tawaduk yang mereka ada.nabi saw sendiri adalah org yang alim dan bagaimana sahabat sahabat telah muliakan nabi saw sehingga apa yang ada pada nabi menjadi rebutan sahabat,tapi adakah nabi saw minta dia dimuliakan?
---------------------------------------------------------------------------------
(RUANGAN KHAS)
(Dalam RUANGAN KHAS bergaris ini,apa yang dipapar ana ambil dari khabar yang didengar atau info yang didapati dari rakan seusaha dan dari maklumat yang tak rasmi namun ana TAK BERTANGGUNGJAWAB DIATAS KESAHIHAN CERITA CERITA TERSEBUT,ana hanya memaparkan berita berita untuk dibaca dan dikongsi bersama,ana umpama pembaca berita.BENAR ATAU TIDAK SEMUA ITU,..WALLAHUALAM!)
Ianya mungkin berlaku kerana wujudnya kegairahan segelintir kecil rakan usaha yang begitu bersemangat dalam soal soal ini sehingga menimbulkan bermacam macam tafsiran dan andaian.
IANYA JUGA TIDAK BERKAIT DENGAN USAHA DAKWAH TABLIGH KERANA DAKWAH TABLIGH TERMASUK HADRATJI,ELDEST,SYURA SYURA TIDAK PERNAH MENIMBULKAN PERSOALAN ATAU ANDAIAN SEPERTI INI
MEREKA YANG MEMBUAT KERJA DAKWAH DAN TABLIGH HANYA BERPANDUKAN APA YANG TELAH DIPUTUSKAN OLEH NIZAMUDDIN DAN SYURA MALAYSIA SAHAJA.
OLEH YANG DEMIKIAN APA JUA ANDAIAN ATAU TAFSIRAN YANG BERLAKU IANYA DIANGGAP INFRADY ATAU PANDANGAN PRIBADI MASING MASING SAHAJA YANG BUKAN SEMESTINYA MENGAMBARKAN PANDANGAN ATAU KEHENDAK NIZAMUDDIN/SYURA MALAYSIA
AL-KISAH-
IMAM MAHADI:
-Ada diantara kita dah banyak mendengar kisah kisah pasal imam mahadi,khabar dari seorang pelajar yang belajar dipakistan dulu sejak tahun 80an' katanya telah bermacam macam tafsiran dan crita yg dia dgr pasal imam mahadi disana tapi hanya masyhur dikalangan pelajar pelajar malaysia sahaja,ramalan kebangkitan imam pada tahun sekian sekian tapi setakat ini tiada 1 ramalan kebangkitan tahun sebenar imam pun yang tepat seperti yang diramal,ada yang meramalkan peristiwa yang ditunggu tunggu akan terjadi pada tahun 92 kmudian 93,95,2000,sehingga berubah ubah tahun hinggakan pernah terjadi orang markaz diraiwind terpaksa mencari pelajar malaysia yang bawa berita tersebut,dengar khabarnya bakal imam tu didakwa lahir dari kalangan orang malaysia yang turut belajar disana ketika itu,diceritakan ada seorang yang telah bermimpi bahawa kawannya bakal menjadi imam,antaranya pula ialah ketika menziarahi hadratji kawannya atau bakal imam itu disambut dengan senyuman lebar oleh hadratji seolah olah hadratji begitu kenal benar dengannya dan hadratji begitu selesa benar berborak dengan kawannya itu,ini diakui oleh kawan sekelas dengannya.
Ada yang memberi pandangan kalaulah imam mahadi datang pun itu iman dia yang mmg dah bersedia dan telah tiba masa diutus oleh Allah tapi bagaimana dengan iman orang yang menunggu nunggu?
Oleh kerana dulu ramalan ramalan yang mengatakan kebangkitan imam semakin dekat,maka ada segelintir kecil rakan seusaha yang order pedang,pedang yang menjadi pilihan antaranya ialah model pedang zulfakar,ada yang menjualnya dengan harga rm300 sebilah,antara tempat pilihan dibuat pedang ialah diperak.satu ketika kerana lamanya menunggu namun berita kebangkitan imam tak juga kunjung tiba akhirnya ada yang menggunakan pedang tersebut untuk menyabit lalang dibelakang rumah.
Dengar khabarnya bakal imam mahadi ini mula dilahirkan setelah baitulmaqdis jatuh ketangan israel yakni pada tahun 1967,kali terakhir berita yang didengar mungkin imam akan bangkit pada tahun 2010/2012.
Ada cerita mengatakan dulu eldest selalu turun pada tahun tahun tertentu untuk mengerjakan haji sambil menziarahi bakal imam mahadi yang ketika itu masih kecil atau kanak kanak,eldest sahaja yang tahu siapakah bakal imam itu,dgr kata khabar ini didapati oleh mereka yang mendakwa pernah berkhidmat untuk beberapa bulan dinizamuddin.
++++++++++++++++++++++++++++
ARTIKEL YANG DIAMBIL DARI LAMAN WEB LAIN:
Ramalan tahun 2010, 2012
السلام على من اتبع الهدى
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله ووصحبه وسلم ، وبعد،
Ramalan tahun 2010, 2012
Bercakap mengenai Ramalan, mungkin tuan-tuan telah membaca atau melihat video mengenai ramalan kaum Maya dari Mexico pada Disember 2012.
Penulis serba salah untuk mengatakan ramalan ini kepada para pembaca. Kerana jika penulis katakana ramalan itu, mungkin ada orang yang mengatakan bahawa penulis ingin mengkucar-kacirkan masyarakat. Atau mungkin ada yang mengatakan penulis mahu masyarakat takut dan sebagainya.
Lebih-lebih lagi jika ramalan itu tidak menjadi kenyataan. Maka ramalan itu hanya akan menjadi seperti kata-kata yang sia-sia. Yang tinggal hanya kesalan dan sebagainya.
Ramalan pernah dibuat oleh orang mushrik pada Saidina Ali, sebelum Saidina Ali pergi berperang. Menurut ramalan itu, orang mushrik itu mengatakan Saidina Ali akan kalah.
Namun Saidina Ali berkata bahawa taqdir adalah ditangan Allah swt. Lalu apabila saidina berperang jua, malah sebaliknya, Saidina Ali menang dalam peperangan itu.
Namun demikian, Nabi Muhammad saw, serta para Nabi-nabi yang diutuskan, selalunya ada Ramalan masing-masing. Ramalan mereka ini datangnya dari Allah swt. Kerana itu ramalan mereka tiada yang meleset.
Di antara ramalan Nabi Muhammad saw sendiri ialah Kiamat, peperangan besar-benaran antara Islam dan Yahudi dan sebagainya.
Lalu kita lihat pula Ramalan yang dibuat oleh kaum Maya dan Nostradamus mengenai dengan Perang Armageddon dan jua kiamat. Mereka mengatakan Perang Armageddon akan berlaku pada tahun 2007 hingga 2012 manakala kiamat berlaku pula pada hujung tahun 2012.
Penulis khuatir jika ramalan ini tepat kerana akan mendatangkan kerugian kepada kita jika kita tidak bersedia. Sama seperti kekhuatiran penulis jika kita terlampau takut untuk menghadapi keadaan ini sehingga mengkucar-kacirkan masyarakat. Sehingga walaupun jika ramalan tidak jadi benar, tetapi masyarakat akan tetap kucar-kacir sahaja tinggalnya.
Namun apa yang penulis lebih khuatirkan ialah jika ramalan mereka menepati sasaran, maka mereka akan berani berkata bahawa ugama mereka adalah ugama yang benar. Tuhan yang mereka sembah wajib disembah dan dipatuhi oleh semua. Jika tuhan mereka tidak disembah dan tidak dipatuhi, maka bala lain lagi akan timbul dan sebagainya. Lalu semua orang akan menyembah Tuhan mereka dan seterusnya dan seterusnya.
Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, maka penulis berpendapat bahawa, adalah menjadi kewajipan pada penulis jua agar tidak ditanya di akhirat nanti.
Bahawa pada pendapat penulis, ramalan-ramalan yang dibuat oleh Kaum Maya dan juga Nostradamus sebenarnya juga meniru daripada Ramalan al-Qur’an dan kitab-kitab Taurat.
Bukankah sebelum ini, penulis ada mengatakan bahawa umat Yahudi tahu Katrina akan berlaku. Tapi mereka tidak tahu di mana. Lalu untuk menghalang dari terkena taupan Katrina, maka mereka membebaskan GAZA.
Dan seperti mana Taurat, begitu juga al-Qur’an ada menyebutkan mengenai dengan kejadian-kejadian yang akan berlaku pada masa depan. Kerana kedua-dua kitab suci ini datangnya dari Allah swt. Namun sebahagian kalimat dari Taurat dipadam dan ditulis dengan kalimat baru sehingga banyak merubah Hukum-Hukum Allah.
Namun mengenai dengan susunannya dan kebanyakan Isi Kitab Taurat, penulis percaya susunan Kitab Taurat itu masih betul.
Oleh itu penulis berharap pembaca dan seluruh dunia kalau boleh mengetahui bahawa Ramalan mengenai Kiamat dan Perang Armageddon ini sebenarnya telah ditaqdirkan Allah swt dalam al-Qur’an dan Kitab Taurat.
Jika puak Maya mengatakan bahawa kaum mereka mengetahui kejadian langit dan bumi dan mengetahui Ramalan masa hadapan, maka kita katakan pada mereka bahawa, kitab al-Qur’an juga ada Ramalan yang sama. Biarkan mereka terputus kata dan tidak tahu apa hendak dikatakan lagi untuk mendakwah kita. Bahkan biar mereka mempelajari al-Qur’an sehingga mereka mendapat hidayat dari Kitab al-Qur’an itu sendiri.
Ramalan 2010
Sebelum ini penulis telah meramalkan bahawa Islam akan bersatu hati pada tahun ini 2009. Sebahagian tanda persatuan hati umat Islam tahun ini telah nampak bila Turki berpaling dari menyokong Israel.
Selain itu makna bersatu Bulan dan Matahari dalam surah al-Qiyamah juga bukan sekadar Umat Islam sahaja. Ianya juga boleh membawa kepada bersatunya umat Islam dan Kristian dalam memerangi umat yang lain. Kerana selepas peperangan Israel GAZA kita melihat persatuan EU juga telah turut serta menyalahkan Israel.
Maka Israel pun berkata pada tahun 2010, kemana kami hendak lari lagi.
Namun apa yang lebih penulis sukakan ialah, makna Matahari bukan bererti umat Kristian sahaja, namun Matahari juga boleh membawa makna negara-negara sebelah Timur. Seperti Russia, China, Korea dan Jepun.
Kita telah melihat bahawa Amerika tidak lagi mampu melobi pemikiran masyarakat dan Negara Timur untuk mengikut patuh dibawah telunjuk mereka sahaja. Russia, China dan Korea dan Jepun banyak menentang pendapat Amerika. Bahkan dalam satu rencana, penulis pernah terbaca bahawa Russia akan turut berperang dan sudahpun menetapkan kawasan-kawasan yang akan diambilnya di Israel jika Israel menyerang Iran. Mungkin kerana itu BUSH amat takut untuk menyerang Iran dan Olmert bekas PM Israel juga pernah menyatakan pada Media bahawa Cita-Cita Israel Raya telah Musnah.
Bahkan selepas itu Ahmadinejad President Iran pula mengatakan, bahkan Israel kecil juga akan musnah.
Jadi pertemuan Matahari dan Bulan dalam surah al-Qiyamah jelas menunjukkan bahawa umat Islam, Negara-Negara Timur serta sebahagian Negara-negara Eropah ketika ini bersatu menentang Israel dan Amerika samada dengan bentuk politik, ekonomi ataupun perundangan.
Bahkan bukan itu sahaja mungkin peperangan akan berlaku jua pada ramalan penulis pada awal tahun 2010, diantara umat Islam dan Yahudi. Kerana jika kita lihat awal muka pertama di Juzuk 10 dalam al-Qur’an, Allah swt menyatakan dalam surah al-Anfal ayat 41 hingga 45
41. Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) di hari Furqaan, yaitu di hari bertemunya dua pasukan. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
42. (Yaitu di hari) ketika kamu berada di pinggir lembah yang dekat dan mereka berada di pinggir lembah yang jauh sedang kafilah itu berada di bawah kamu. Sekiranya kamu mengadakan persetujuan (untuk menentukan hari pertempuran), pastilah kamu tidak sependapat dalam menentukan hari pertempuran itu, akan tetapi (Allah mempertemukan dua pasukan itu) agar Dia melakukan suatu urusan yang mesti dilaksanakan, yaitu agar orang yang binasa itu binasanya dengan keterangan yang nyata dan agar orang yang hidup itu hidupnya dengan keterangan yang nyata (pula). Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui,
43. (yaitu) ketika Allah menampakkan mereka kepadamu di dalam mimpimu (berjumlah) sedikit. Dan sekiranya Allah memperlihatkan mereka kepada kamu (berjumlah) banyak tentu saja kamu menjadi gentar dan tentu saja kamu akan berbantah-bantahan dalam urusan itu, akan tetapi Allah telah menyelamatkan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati.
44. Dan ketika Allah menampakkan mereka kepada kamu sekalian, ketika kamu berjumpa dengan mereka berjumlah sedikit pada penglihatan matamu dan kamu ditampakkan-Nya berjumlah sedikit pada penglihatan mata mereka, karena Allah hendak melakukan suatu urusan yang mesti dilaksanakan. Dan hanyalah kepada Allahlah dikembalikan segala urusan.
45. Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.
Bahkan dalam awal hizib 10 dalam juzuk 5 pula Surah an-Nisa ayat 89 dan 91, Allah swt menyuruh memerangi orang Munafiq dan Orang-orang Kafir.
Selepas itu lihatlah pula, kejadian-kejadian yang berlaku sekarang antara Israel dan juga musuh-musuhnya.
Bagaimana sebahagian musuh-musuh Israel ketika ini iaitu Negara-negara Muslim sendiri beribu-ribu berarak ditengah jalan memanggil dan menyeru meminta Jihad dimulakan semula.
Kita juga pernah memasukkan sedutan rencana Israel hendak menyerang Iran selepas krismas.
Namun adakah perang betul-betul akan terjadi. Pada pengalaman penulis yang melihat perbandingan diantara al-Qur’an dan juga kejadian-kejadian yang berlaku, penulis hampir yakin bahawa Perang akan terjadi juga pada awal 2010. Namun samada besar atau kecil, penulis tidak tahu.
Jika peperangan tidak terjadi, penulis berpendapat, peperangan akan berlaku dari sudut yang lain. Mungkin dari sudut ekonomi, perundangan dan lain-lain.
Namun pada pendapat penulis, al-Qur’an tidak ditulis oleh Allah swt dengan sia-sia. Setiap kalimat dan ayat ada sahaja mukjizat yang Allah mahu tunjukkan kepada kita. Mukjizat-mukzizat itu selalunya tidak diketahui. Dan hanya selepas berlakunya sesuatu itu baru kita tahu dan dapat kita kaitkan dengan al-Qur’an.
Seperti mana gempa yang berlaku dipadang. Rupa-rupanya kaitannya dengan al-Qur’an ialah Jam berlaku gempa bukannya Tarikh semata-mata.
Mungkin mukjizat kali ini lebih besar dan lebih baik dari sebelumnya. Namun hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi dengan kejadian-kejadian ini, kita semakin yakin dengan al-Qur’an dan semakin yakin dengan hari kiamat.
Ramalan 2012
Bersambung insya Allah… Wassalam.
+++++++++++++++++++++
DAJJAL:
Dengarnya ada 40 "dajal",39 adalah yang kecil,yang nombor 38 ialah khomeni (iran)
yang ke40 tu dajjal yang besar atau yang sebenar iaitu yang dikatakan mata satu tu!
SYIAH:
Ana pernah bertanya kepada satu org pelajar kitab dari iran mengenai kahwin mutaah yang diamalkan oleh golongan syiah,bila ditanya adakah seseorang itu boleh berkahwin utk beberapa hari shj,maka kata beliau....tidak!!! bahkan untuk sehari atau sejam pun boleh,anak yang lahir dari kahwin mutaah inilah yang mulia disisi syiah,dgr katanya anak yg lahir ini boleh dihantar kesatu pusat kebajikan bagi anak anak mutaah ini dan mereka ini akan dibantu dan merekalah yang paling layak untuk dijadikan mullah mulah atau ulamak syiah.
Imam khomeni yang diagungkan oleh penganut syiah hingga diberi gelaran ayatullah juga mendapat kehinaan sebagaimana beliau menghinakan sahabat sahabat nabi khasnya dengan melemparkan tuduhan dan gelaran yang amat teruk kepada sahabat sahabat nabi didalam kitab karangannya.
kejadian berlaku dihadapan puluhan ribuan rakyatnya yang berkumpul dimana ketika mayatnya yang diusung diatas keranda,kain kapannya ditarik oleh pengikut pengikutnya yang taksub dengan harapan untuk mendapat berkat dari kain kapan yang menyelubungi jenazah beliau membuatkan auratnya terdedah dengan aib sekali.
televisyen iran telah menutup kejadian tersebut dari media massa luar tapi akhirnya ada juga yang berjaya mendapatkan gambar kejadian tersebut dan ada ditunjukkan disebuah poster dipakistan.
mereka mendakwa imam mahadi yang akan lahir adalah dari imam mereka yang kedua belas....(sebenarnya gelaran imam imam yang diberi syiah kepada orang yang arif billah yang sudah meninggal ini pun tak ada sangkut paut semasa hidupnya dengan amalan syiah ini,syiah sahaja yang sengaja mengambil imam imam ini sebagai imam dan kepercayaan tauhid bagi ajaran mereka dan menokoh tambah dari apa yang ada mengenai imam imam yang mereka maksudkan)
BAB LAIN AKAN MUNCUL KEMUDIAN...INSYAALLAH!
Sebarang persoalan mengenai blog ini boleh diemailkan kepada e-mail yang ada diteks "Lihat profil lengkap saya".
Ana meminta maaf krn tidak dpt membuka ruangan maklum balas secara terbuka atas sebab sebab tertentu.
Terimakasih! krn sudi melayari blog ini.jumpa lagi,
wassalam! في امانيلله